mama nilai homestay
mengenai kami
Mama Nilai Homestay mengucapkan selamat datang kepada tetamu.Homestay ini berdekatan dengan Nilai 3 iaitu Pusat Pasar Borong Permaidani,langsir, dan barang perkahwinan yang terbesar di Malaysia. Anda boleh berehat dan solat dengan selesa di Homestay ini setelah penat shopping seharian.

Sesuai untuk mereka yang inginkan tempat berteduh yang selesa sementara membeli belah di kawasan beli belah Nilai 3. Di samping ingin melawat saudara-mara, rakan taulan, anak yang sedang belajar di Kolej INTI, USIM , Kolej Nilai, Universiti Manipal, ataupun Kolej Kejururawatan Nilai. Mama Nilai Homestay terletak berhampiran dengan Nilai 3.
Homestay ini juga menyediakan kadar sewa mengikut jam iaitu RM 30 sejam/RM50 untuk 2 jam. Dengan ini dapat memberi kemudahan kepada pengunjung Nilai 3 untuk berehat seketika dan solat dengan selesa. Bilik tidur utama telah dilengkapi dengan aircond untuk keselesaan pengunjung.
Mama Nilai Homestay juga terletak berhampiran dengan kemudahan awam yang menghubungkan anda dengan lebih cepat.Kemudahan awam yang menghubungkan anda seperti Stesen Komuter Nilai, dan Perhentian Teksi yang terletak berhampiran dengan Mama Nilai Homestay.
Kepada tetamu-tetamu yang hendak menginap di Mama Nilai Homestay dimaklumkan bahawa waktu masuk homestay ialah jam 2 petang dan waktu keluar ialah pada jam 12 tengahari. Waktu masuk lebih awal dan waktu keluar lebih lewat boleh diaturkan sekiranya tiada tetamu lain pada tarikh-tarikh berkenaan.
Mama Nilai Homestay adalah pilihan terbaik anda. Tempah sekarang dan hubungi kami di 018-2732209